To All My Friends Who Lives In The New Orde Era

Saturday, March 22, 2008

politik malaysia ...

alhamdulillah.pilihanraya umum ke12 telah selamat diadakan pada 08 mac 2008 yang lalu menyebabkan berlakunya banyak keputusan2 yang tak disangkakan seperti tertubuhnya kerajaan2 negeri oleh pihak pembangkang seperti yang berlaku di Selangor,Perak,Kedah dan Penang...termasuk mengekalkan kuasa mereka di Kelantan.Alhamdulillah,pakatan Barisan Nasional berjaya mengekalkan majoriti di Parlimen iaitu majoriti mudah dan bukannya majoriti 2/3seperti pada tahun 2004 untuk membentuk kerajaan pusat ...Apa yang berlaku semuanya ketentuanNya dan setiap kejadian ada hikmah dan pengajarannya..tiada apa perlu dikesalkan bagi yang kalah, cuma setiap perjalanan mesti ada pandang ke belakang bagi memberi petunjuk untuk ke hadapan..yang menang tentunya memanjat kesyukuran serta perlu atau mesti menunaikan tanggungjawab yang telah di amanahkan oleh ALLAH serta rakyat jelata bagi memastikan kemenangan itu diredhai dan disukai olehNya.Untuk para pemimpin,sebelum kepimpinan menjadi jitu,mestilah ada musyawarah atau pandang dan dengar di setiap lapisan masyarakat bagi memastikan kelancaran perjalanan sesebuah tamadun kerajaan itu berjaya dilaksanakan seperti yang telah direncanakan dalam perlaksanaan kata2 ketika berkempen dari rumah ke rumah atau ketika majlis2 perasmian bangunan2 batu serta jalan2 raya yang berturap tar dan juga ketika mewujudkan jaringan cadangan pembangunan ekonomi di empat penjuru bumi Malaysia yang makmur ini.Jangan disebabkan keselesaan berada diatas atau empuknya kerusi kulit sesebuah kepimpinan itu akan menjadikan pemimpin yang dipilih lupa serta alpa dan juga diselubungi egoisme untuk duduk bersama rakyat berlantaikan simen atau kerusi kayu getah yang keras..jangan rasa malu untuk duduk berbincang sesama manusia walaupun perbedaan baju kemeja ciptaan karyawan fesyen terkenal dan t shirt cvc atau cotton yang murah...jangan rasa perbezaan makanan nasi beriani ayam kampung dengan nasi putih lauk ikan singgang cicah budu membentuk satu belenggu perasaan yang tidak enak untuk sama2 berbincang tentang masa depan agama,bangsa dan juga tanah air.Elakkan pergaduhan sesama sendiri hingga terbukanya hijab untuk 'mereka yang lain' mentertawakan kita dan seterusnya seperti apa yang telah terjadi.Jadikan ini satu cabaran dan kesungguhan kita untuk bersatu atas perpaduan sesama kita sendiri atas dasar agama,bangsa dan tanahair yang dicintai....dan pastinya keputusan pilihanraya umum yang ke12 ini memberi satu mesej dari sudut peringatan atau kegembiraan dan juga mesej kesedihan kepada kita semua samada setiap lapisan pemimpin atau pun yang dipimpin agar bangun menghadapi segala kepahitan dan halangan untuk kita sama2 perbaiki atau memperkemaskan lagi sistem perpaduan dan kerjasama antara kita bagi memperkukuhkan lagi sistem masyarakat yang semakin hari semakin longgar....tanpa mengira status pangkat masing2 demi menghentikan barah perpaduan dan kesatuan untuk membangkitkan kembali rasa semangat perpaduan yang dirasai datuk nenek kita dahulu semasa membebaskan tanahair kita dari cengkaman penjajah..perpaduan itu tidak mengenal erti perbedaan ideologi ....dan ianya menjadi satu harapan dan tujuan serta peringatan yang kekal lama untuk diingati oleh generasi masa akan datang bagi mendalami erti sebenar 'agama,bangsa dan tanahair' itu sendiri....

No comments: